Terung Goreng Berlada
Oleh: myHerba    Isnin, 29 Mac 2010 08:05    Cetak E-mel

Terung Goreng Berlada

BAHAN-BAHAN:

4 biji terung ungu panjang (belah tengah tapi jangan putus)
1/2 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 1/2 sudu besar air sejuk

(Semua bahan di atas digaul rata)

1 1/2 cawan minyak masak

BAHAN-BAHAN TUMBUK:

4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 sudu besar cili kisar
1/4 cawan air asam jawa
1 cm belacan
1 1/2 sudu besar gula merah
Garam secukup rasa
80 gm ikan bilis kecil

CARA MENYEDIAKAN:

1.Panaskan minyak dalam kuali dan goreng terung hingga lembut. Angkat dan ketepikan.
2.Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ikan bilis hingga garing,ketepikan.
3.Keluarkan minyak dan tinggalkan tiga sudu besar, tumis bahan-bahan tumbuk hingga naik bau.
4.Masukkan pula cili kisar, air asam jawa dan belacan, goreng hingga pecah minyak. Akhir sekali masukkan pula gula merah dan garam secukup rasa.
5.Kacau dan padamkan api. Bubuh terung dalam pinggan, curahkan sambal di atas terung dan taburkan ikan bilis goreng.

Sumbangan :
Wanm
 
 

Resepi Herba

  • 0
  • 1
prev
next

Tumis Peria

News image

BAHAN-BAHAN: 400 gm peria100 gm ikan bilis/udang 10 ulas ...

Masakan | Wanm | Hit: 1398

Resepi Penuh...

Terung Tumis Bilis Berkic

News image

BAHAN-BAHAN: 2 biji terung (belah dua dan potong pendek)7...

Masakan | Wanm | Hit: 1752

Resepi Penuh...

Terung Goreng Berlada

News image

BAHAN-BAHAN: 4 biji terung ungu panjang (belah tengah tap...

Masakan | Wanm | Hit: 3746

Resepi Penuh...

Tempe Leunca

News image

BAHAN-BAHAN: 150 gm tempe (lenyek kasar dan kukus 15 mini...

Masakan | Wanm | Hit: 908

Resepi Penuh...
Lagi Dalam: Masakan
next
prev

Komen Terbaru