Petua Untuk Wanita
Petua Untuk Kedut Perut Selepas Bersalin
Oleh: myHerba    Selasa, 16 Februari 2010 18:52    Cetak E-mel
Satu camca kapur sirih, satu camca kecil air limau nipis dan 20 titik minyak kayu putih atau segelas minyak kelapa hijau serta gaulkan. Sapukan adunan tersebut ke atas perut yang mengalami pecah-pecah selepas bersalin selama dua minggu berturut-turut.
 
Petua Menegangkan Payu Dara
Oleh: myHerba    Jumaat, 12 Februari 2010 16:32    Cetak E-mel
Untuk menegangkan lagi payu dara, layurkan daun sirih yang telah disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana, atau menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam dan agak layu, lalu tekapkannya ke atas kedua-dua payu dara dan biarkan seketika. Lakukan dua atau tiga kali seminggu.
 
Petua Untuk Keputihan
Oleh: myHerba    Khamis, 11 Februari 2010 15:52    Cetak E-mel
Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh hari untuk membersihkan vagina, rasa gatal dan keputihan akan hilang. Amalan memakan daun sirih setiap hari juga boleh mengelakkan dari masalah keputihan.
 
Petua Melegakan Deman Dan Sakit Kepala Selepas Bersalin
Oleh: myHerba    Rabu, 10 Februari 2010 15:10    Cetak E-mel
Tujuh helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan tiga ulas bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan dua kali sehari, cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin.
 
Petua Untuk Tahan Darah
Oleh: myHerba    Selasa, 19 Januari 2010 16:17    Cetak E-mel
Lembabkan segumpal tembakau ke dalam air bersih, dan tepekkan ke atas luka yang sederhana serta balutkan dengan kain bersih. Biarkan dan jangan gerakkan bahagian yang mengalami luka. Darah akan terhenti dengan sendirinya.
 
Petua Mengurangkan Air Alat Kelamin
Oleh: myHerba    Isnin, 18 Januari 2010 16:09    Cetak E-mel
Ambil pucuk dan buah manjakani, hati pinang muda, ditumbuk lumat-lumat dan gaulkan dengan minyak lenga (minyak bijan) dan kukuskan. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam, ia mengurangkan air pada alat kelamin wanita, nescaya bertambah nikmat.
 
Petua Untuk Barah Rahim
Oleh: myHerba    Jumaat, 15 Januari 2010 15:35    Cetak E-mel
Gaulkan sebati gambir, getah keladi gatal, air asahan akar pokok melur susun dan akar pokok melur biasa, buih gumpalan pokok pengaga besi dan pengaga biasa dan air asahan kemenyan putih. Lumurkan campuran tersebut ke rahim melalui lubang faraj.
 
Petua Menyempitkan Alat Kelamin
Oleh: myHerba    Khamis, 14 Januari 2010 15:58    Cetak E-mel
Tiga buku kunyit, dihiris menjadi lima bahagian. Sebuku kunyit yang tidak dihiris dibubuhkan kapur sirih dan bacakan doa seperti berikut; dengan tidak bernafas, dimakan selama tiga hari berturut-turut. Selama memakan ubat tersebut jangan bersetubuh dengan suami. Menyempitkan alat kelamin wanita dan menjadi lebih nikmat.
 
Petua Menghilangkan Tapal Perut
Oleh: myHerba    Rabu, 13 Januari 2010 16:25    Cetak E-mel
Campurkan kapur sirih, air limau nipis dan minyak urat (minyak digunakan untuk mengurut atau khas untuk wanita bersalin). Lumurkan sekeliling perut dan ikatkan bengkung selama 44 hari. Perut akan menjadi kecut.
 
Petua Untuk Masalah Haid
Oleh: myHerba    Isnin, 11 Januari 2010 18:42    Cetak E-mel
Amalkan minum air teh dengan dicampurkan sedikit kapur sirih. Pusingan haid akan teratur.
 


Petua Herba

  • 0
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
prev
next

Petua Menghilangkan Pedih

Ambil limau nipis sebiji dan bacakan surah al...

Wanm | 24 Februari 2010 | Hit: 7451

Lagi...

Petua Penyakit Kurap

Campurkan satu camca gambir dengan empat camc...

Wanm | 23 Februari 2010 | Hit: 4363

Lagi...

Petua Melegakan Bengkak G

Campurkan gambir dan ibu kunyit hidup serta d...

Wanm | 22 Februari 2010 | Hit: 11224

Lagi...

Petua Mengatasi Perut Gen

Rendamkan kapur sirih ke dalam air yang telah...

Wanm | 19 Februari 2010 | Hit: 3607

Lagi...

Petua Memutihkan Perut Le

Untuk memutihkan perut lembu, rendam dan gaul...

Wanm | 18 Februari 2010 | Hit: 2282

Lagi...

Petua Mengatasi Perut Bun

Gilingkan kapur sirih bersama daun jambu batu...

Wanm | 18 Februari 2010 | Hit: 4507

Lagi...

Petua Menghilangkan Kutil

Untuk menghilangkan kutil atau ketuat, ambil ...

Wanm | 17 Februari 2010 | Hit: 6287

Lagi...

Petua Untuk Kedut Perut S

Satu camca kapur sirih, satu camca kecil air ...

Wanm | 16 Februari 2010 | Hit: 2662

Lagi...

Petua Menghilangkan Kurap

Asah ibu kunyit di buntut pasu dan campurkan ...

Wanm | 16 Februari 2010 | Hit: 7862

Lagi...

Petua Mengatasi Ketiak Hi

Air kapur sirih dan limau nipis dicampurkan s...

Wanm | 15 Februari 2010 | Hit: 5089

Lagi...

Komen Terbaru