Petua Perubatan
Petua Menghilangkan Pedih Ulu Hati
Oleh: myHerba    Rabu, 24 Februari 2010 15:48    Cetak E-mel
Ambil limau nipis sebiji dan bacakan surah al-kauthar tiga atau tujuh kali dan belah limau itu serta sapukan kapur sirih pada keratannya. Sapukan adunan itu pada ulu hati dibahagian tengah dada.
 
Petua Penyakit Kurap
Oleh: myHerba    Selasa, 23 Februari 2010 15:46    Cetak E-mel
Campurkan satu camca gambir dengan empat camca pati santan tua dan sapukan pada kurap, untuk beberapa hari berturut-turut. Penyakit itu akan sembuh.
 
Petua Melegakan Bengkak Gusi
Oleh: myHerba    Isnin, 22 Februari 2010 15:42    Cetak E-mel
Campurkan gambir dan ibu kunyit hidup serta didihkan. Air rebusan yang telah suam boleh buat berkumur. Lakukan tiga kali sehari, bengkak akan pulih dengan segera.
 
Petua Mengatasi Perut Gendut
Oleh: myHerba    Jumaat, 19 Februari 2010 19:11    Cetak E-mel
Rendamkan kapur sirih ke dalam air yang telah dimasak dan kacau sehingga sebati. Ambil secawan air mendapan tersebut dan campurkan dengan air perahan sebiji limau nipis, amalkan minum waktu pagi selepas bangun dari tidur selama dua minggu berturut-turut. Gendut akan menjadi kempis.
 
Petua Mengatasi Perut Buncit
Oleh: myHerba    Khamis, 18 Februari 2010 19:09    Cetak E-mel
Gilingkan kapur sirih bersama daun jambu batu. Sapukan keperut setiap hari sehingga perut menjadi kempis.
 
Petua Menghilangkan Kutil
Oleh: myHerba    Rabu, 17 Februari 2010 18:50    Cetak E-mel
Untuk menghilangkan kutil atau ketuat, ambil kapur, sedikit belerang dan air limau nipis buat kerim. Kikis sedikit kutil serta tepekkan ke atas kutil buat beberapa hari. Kutil akan tanggal dengan sendiri.
 
Petua Menghilangkan Kurap
Oleh: myHerba    Selasa, 16 Februari 2010 18:45    Cetak E-mel
Asah ibu kunyit di buntut pasu dan campurkan sedikit kapur sirih. Sapukan air asahan pada kurap, lakukan beberapa hari hingga sembuh.
 
Petua Mengatasi Ketiak Hitam
Oleh: myHerba    Isnin, 15 Februari 2010 18:43    Cetak E-mel
Air kapur sirih dan limau nipis dicampurkan serta gosokkan pada ketiak selepas mandi. Amalkan selama tujuh hari, ketiak tidak berbau dan kehitaman akan pudar.
 
Petua Untuk Gigitan Serangga
Oleh: myHerba    Jumaat, 12 Februari 2010 18:38    Cetak E-mel
Campurkan sedikit kapur sirih dengan parutan ibu kunyit dan air, buatkan seperti krim. Tepekkan pepesan ditempat yang digigit serangga dan biarkan kering. Kesakitan akan reda dan menghilangkan bengkak.
 
Petua Melegakan Cirit Birit
Oleh: myHerba    Khamis, 11 Februari 2010 18:36    Cetak E-mel
Beberapa helai daun jambu batu muda ramas bersama sedikit kapur sirih hingga lumat dan sapukan pada perut.
 
  • «
  •  Mula 
  •  Sebelum 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  Lagi 
  •  Akhir 
  • »


Muka 1 dari 5

Petua Herba

  • 0
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
prev
next

Petua Menghilangkan Pedih

Ambil limau nipis sebiji dan bacakan surah al...

Wanm | 24 Februari 2010 | Hit: 7451

Lagi...

Petua Penyakit Kurap

Campurkan satu camca gambir dengan empat camc...

Wanm | 23 Februari 2010 | Hit: 4363

Lagi...

Petua Melegakan Bengkak G

Campurkan gambir dan ibu kunyit hidup serta d...

Wanm | 22 Februari 2010 | Hit: 11224

Lagi...

Petua Mengatasi Perut Gen

Rendamkan kapur sirih ke dalam air yang telah...

Wanm | 19 Februari 2010 | Hit: 3607

Lagi...

Petua Memutihkan Perut Le

Untuk memutihkan perut lembu, rendam dan gaul...

Wanm | 18 Februari 2010 | Hit: 2282

Lagi...

Petua Mengatasi Perut Bun

Gilingkan kapur sirih bersama daun jambu batu...

Wanm | 18 Februari 2010 | Hit: 4507

Lagi...

Petua Menghilangkan Kutil

Untuk menghilangkan kutil atau ketuat, ambil ...

Wanm | 17 Februari 2010 | Hit: 6287

Lagi...

Petua Untuk Kedut Perut S

Satu camca kapur sirih, satu camca kecil air ...

Wanm | 16 Februari 2010 | Hit: 2662

Lagi...

Petua Menghilangkan Kurap

Asah ibu kunyit di buntut pasu dan campurkan ...

Wanm | 16 Februari 2010 | Hit: 7862

Lagi...

Petua Mengatasi Ketiak Hi

Air kapur sirih dan limau nipis dicampurkan s...

Wanm | 15 Februari 2010 | Hit: 5089

Lagi...

Komen Terbaru