Ramlan Saintis Herba
Oleh: myHerba    Isnin, 08 Februari 2010 16:08    Cetak E-mel

Pencetus penubuhan CEPP UTM yang jalankan kajian untuk komersialkan tongkat ali, kacip fatimah, mas cotek dan manjakani Saat bercerita kepayahan hidup sewaktu kecil, air matanya kelihatan bergenang. Namun, semua cerita duka yang pernah dihadapi Prof Ramlan Abd Aziz ditelan sendiri kerana dia lebih suka berkongsi cerita gembira terutama mengenai Loji Pandu Kejuruteraan Kimia (CEPP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang dianggap seperti 'cahaya mata' paling disayangi.

Pencetus penubuhan CEPP UTM yang jalankan kajian untuk komersialkan tongkat ali, kacip fatimah, mas cotek dan manjakani

P
engarah CEPP itu berkata, idea penubuhan CEPP tercetus saat dia sendiri serius memikirkan bagaimana cara untuk memanfaatkan hasil hutan di negara ini yang menyimpan seribu satu khazanah pepohon herba bernilai tinggi.

Dalam masa yang sama, saya juga bimbang jika kegunaan pokok herba kita dikomersilkan pihak lain yang tidak tahu menghargai sehingga mungkin boleh menjejaskan kelangsungan spesies pokok berkenaan.

Lantas, ketika itu tekad untuk membangunkan satu-satunya makmal penyelidikan kejuruteraan kimia di negara ini diteruskan. Tapi apa yang boleh saya katakan, projek ini tidak mudah untuk direalisasikan, malah perjalanannya penuh cabaran



Bercerita mengenai CEPP, Ramlan berkata, idea untuk mewujudkan loji pandu kejuruteraan kimia mula difikirkan sejak 24 tahun lalu apabila melihat negara maju lain mempunyai makmal sendiri bagi menjalankan penyelidikan berasaskan teknologi.

Bermula pada 1992, selepas kerajaan meluluskan projek loji pandu, Ramlan berdepan tugas berat sebagai Pengurus Projek, mengetuai sekumpulan profesional dan bekerjasama dengan perunding dari Jerman.

Tujuan penubuhan kumpulan berkenaan untuk mengenalpasti reka bentuk loji pandu terbaik yang menjadi satu-satunya loji pandu kejuruteraan kimia di negara ini dan rantau Asia Tenggara, kata anak kelahiran Londang, Masjid Tanah, Melaka itu.

Saat itu juga bermula dunia baru Ramlan sebagai pakar herba yang masuk di segenap hutan dan pelosok kampung semata-mata untuk memahirkan diri dan mengenal sendiri pepohon herba bernilai tinggi yang mendiami hutan negara ini. Antaranya tongkat ali, kacip fatimah, mas cotek dan manjakani.

Antara produk herba yang dihasilkan.“Semua itu berjaya saya tempuhi namun saat paling sukar dan getir bagi kumpulan pertama di CEPP untuk meyakinkan agensi yang terbabit kerana ketika itu semua pihak tidak pernah terfikir bahawa hasil bumi boleh dikomersilkan,” katanya.

CEPP yang ditubuhkan secara rasmi pada 1998 menjalankan ujian terhadap hasil penyelidikan bertujuan menilai kemungkinan dari aspek teknikal dan juga potensi untuk ia dipasarkan.

Selepas 10 tahun, Ramlan boleh menarik nafas lega kerana nama CEPP bukan saja hanya dikenali di kalangan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) malah mereka turut menerima geran daripada firma besar lain seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Felda serta Sirim.

Antara hasil kajian CEPP yang dikomersilkan adalah pati minyak wangi daripada bunga, ekstrak tongkat ali, kacip fatimah, mas cotek, ekstrak buah-buahan seperti buah naga, nangka dan durian.

Katanya, CEPP mempunyai fungsi dan misi tersendiri iaitu menghasilkan kajian di atas permintaan pelanggan. CEPP turut menjalankan kajian bioteknologi untuk menghasilkan produk bagi kesejahteraan kesihatan.

Aspek kesihatan yang kami laksanakan merangkumi semua iaitu bermula dari tanah, tumbuhan, binatang dan akhirnya untuk kesihatan tubuh manusia selain menyelesaikan masalah kehidupan iaitu dengan mewujudkan peluang ekonomi melalui perniagaan



Ramlan turut melahirkan harapan supaya penubuhan CEPP menjadi landasan bagi penduduk tempatan meningkatkan ilmu perubatan dan tradisi nenek moyang yang dipegang berkurun lama supaya ia tidak terus tenggelam bersama teknologi moden.

PROFIL

  • Profesor Ramlan Abd Aziz
  • Tarikh Lahir: 13 September 1958
  • Asal: Londang, Masjid Tanah, Melaka.
  • Profesyen: Pengarah Loji Pandu Kejuruteraan Kimia (CEPP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
  • Pendidikan: Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia, Institut Sains dan Teknologi, Universiti Manchester (1981), Sarjana Kejuruteraan Kimia Institut Sains dan Teknologi, Universiti Manchester (1983)
  • Ditugaskan sebagai Ketua Jabatan Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Malaysia paling muda iaitu pada usia 24 tahun
  • Isteri, Prof Madya Ir Faridah Jaafar Sidek dan dikurniakan enam anak.

Artikel oleh : Siti Nur Almizan Aripin
Sumber Artikel : Berita Harian Online

Sumbangan :
Wanm
 
 

Komen  

 
+2 #4 2011-12-15 14:17
Saya bersyukur, dari awal mendapat pengetahuan dan bimbingan kursus dari utm sekudai dengan tunjuk ajar dari Prof dan semua pensyarah dalam bidang urutan holistik, bersalin, aromaterapi dan refleksologi, saya dpt melayakkan diri dan melanjutkan pengajian ke Advance Dioloma Urutan Melayu Politeknik Shah Alam dan telah pun berjaya menghabiskan pengajian dengan jayanya. Semua ini bermula di CEPP..
 
 
+3 #3 2011-12-06 13:26
saya mengucapkan syabas kepada Prof Ramlan kerana perjuangan beliau menperjuanganka n herba tradisional ni..sy diberi peluang untuk menurunkan ilmu urutan tradisional melayu di cepp olh Prof Ramlan dengan kelas2 yang dianjurkan cepp..ramai peserta telah berjaya dibawah dididikan cepp..terutama sokongan Prof Ramlan..thanks Prof..jasamu dikenang sepanjang hayat..
 
 
+1 #2 2011-12-06 11:10
Assalam.. Im one of his student actually. Prof Ramlan is a good lecturer.Banyak ilmu dan pengalaman dikongsikan pada kami.Appreciate it!Semenjak dari tu baru sedar ulam,herba tu banyak khasiat.Thanks prof! ^_^
 
 
+1 #1 fadzila 2011-10-18 09:55
wanm saya kenal prof ramlan nie .. saya juga bekas org utm dulu
 

Rahsia Herba

  • 0
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
prev
next

Remayong

News image

Remayong adalah sayuran tradisional dan digemari masyarakat ...

Ulam | Wanm | Hit: 4945

Lagi...

Pucuk Manis

News image

Pucuk manis adalah sayuran tradisional yang sangat digemari....

Ulam | Wanm | Hit: 4960

Lagi...

Petola Ular

News image

Sayuran buah ini semakin popular dan mula dijual di pasar. B...

Ulam | Wanm | Hit: 3432

Lagi...

Petola Bantal

News image

Petola bantal ialah sayuran tradisional yang semakin hari se...

Ulam | Wanm | Hit: 3476

Lagi...

Petai

News image

Buah petai sememangnya tidak asing kepada masyarakat Malaysi...

Ulam | Wanm | Hit: 3317

Lagi...

Mengkudu

News image

Pucuk muda mengkudu sering dimakan sebagai sayuran selepas d...

Ulam | Wanm | Hit: 3756

Lagi...

Maman

News image

Pucuk Maman sering dijadikan sayuran penyedap rasa dalam pin...

Ulam | Wanm | Hit: 4015

Lagi...

Keramak

News image

Keramak sayuran tradisional amat digemari masyarakat desa. H...

Ulam | Wanm | Hit: 3299

Lagi...

Jering

News image

Buah jering juga tidak asing bagi masyarakat Melayu. Bijinya...

Ulam | Wanm | Hit: 2421

Lagi...

Getang Kerabu

News image

Getang kerabu semakin dilupakan. Pucuk dan bunga herba ini d...

Ulam | Wanm | Hit: 2664

Lagi...
  • Gajus

    Pucuk gajus muda biasanya dimakan sebagai

  • Cemperai

    Cemperai adalah sayuran tradisional yang

  • Belinjau

    Pucuk dan buah belinjau muda adalah sayuran

  • Bayam Duri

    Bayam duri sayuran tradisional yang sama

  • Peria

    Walaupun rasanya amat pahit, PERIA tetap

  • Selasih

    Tanaman selasih mempunyai berbagai-bagai

  • Ulam Raja

    Ulam raja tidak asing lagi bagi masyarakat

  • Turi

    Turi atau geti adalah sayur tradisional yang

  • Terung Ranti

    Pucuk atau daun muda terung ranti sudah lama

  • Terung Bulu

    Terung bulu atau terung asam adalah sayuran

  • Siantan Tanaman Hiasa

    Selain menghias landskap, hampir semua bahagian

  • Kesum

    Tanaman kesum sangat popular di kalangan

  • Serai

    Serai banyak di tanam sebagai tanaman dapur.

  • Pandan Wangi

    Daun pandan wangi adalah ramuan utama digunakan

  • Kunyit

    Daun kunyit biasanya digunakan untuk memberi

  • Lengkuas

    Pokok lengkuas tidak asing bagi masyarakat

  • Halia

    Halia merupakan salah satu jenis rempah ratus

  • Salak

    Buah salak mempunyai rasa yang manis atau

  • Limau Purut

    Limau purut tergolong dalam buah-buahan sitrus

  • Betik

    Buah Betik sememangnya popular sebagai buahan

Lagi Dalam: Masakan, Ulam, Buah-buahan, Tanaman Hiasan
next
prev

Resepi Herba

  • 0
  • 1
prev
next

Tumis Peria

News image

BAHAN-BAHAN: 400 gm peria100 gm ikan bilis/udang 10 ulas ...

Masakan | Wanm | Hit: 1397

Resepi Penuh...

Terung Tumis Bilis Berkic

News image

BAHAN-BAHAN: 2 biji terung (belah dua dan potong pendek)7...

Masakan | Wanm | Hit: 1751

Resepi Penuh...

Terung Goreng Berlada

News image

BAHAN-BAHAN: 4 biji terung ungu panjang (belah tengah tap...

Masakan | Wanm | Hit: 3743

Resepi Penuh...

Tempe Leunca

News image

BAHAN-BAHAN: 150 gm tempe (lenyek kasar dan kukus 15 mini...

Masakan | Wanm | Hit: 907

Resepi Penuh...
Lagi Dalam: Masakan
next
prev

Komen Terbaru