| Racun Serangga Organik | |||
|
|
P ENGGUNAAN racun serangga berasaskan bahan kimia dalam tempoh panjang memberi kesan kepada manusia, termasuk masalah kulit dan kemusnahan alam sekitar. Justeru, kini ramai yang beralih menggunakan bahan organik. Pakar Hortikultur, Abdul Rahim Rashid menunjukkan cara mudah, murah dan selamat menghasilkan racun serangga organik yang boleh dihasilkan sendiri di rumah.
Setiap kali mengadakan program seminar atau bengkel berkenaan landskap, saya sering kali diajukan persoalan mengenai pencegahan penyakit, racun yang biasa di gunakan dan cara menggunakan. Selain itu, kerap juga mendengar mengenai cara penggunaan racun perosak berasaskan bahan kimia yang tidak betul serta boleh mengundang bahaya jikalau salah menggunakan serta cara penyimpanannya. Konsep yang biasanya saya terangkan adalah konsep mengawal lebih baik dari mengubat terutama pada prinsip penyelenggaraan. Adakah anda terfikir bahawa bahan di dapur di sekeliling kita amat sesuai sebagai pencegah dan perawat serangan perosak dan penyakit pokok. Tidak perlu memikirkan jenis racun kimia yang dibeli, bagaimana untuk menyimpan di tempat selamat, serta cara yang betul menggunakannya. Cuba anda fikirkan kesan dan akibat salah penggunaan bahan kimia ini. Sebelum bercerita lanjut berkenaan cara untuk penyediaan bahan berkenaan, berikutan senarai jenis serangga perosak ini. Serangga jenis mengunyah
Serangga jenis menghisap (Pembawa virus dan penyakit)
Penyediaan bahan Larutan stok
Langkah
Bagi serangan serangga jenis mengunyah, campurkan beberapa 2-3 biji cili api/masak (hancurkan ) atau lada hitam (ditumbuk) manakala serangan serangga jenis menghisap, anda perlu campurkan beberapa titis minyak listari (essential oil) atau halia (ditumbuk) atau serbuk kunyit. Bahan ini adalah campuran yang biasa saya nasihatkan kepada kepada suri rumah atau penggemar landskap dalam kuantiti yang sedikit. Selain daripada itu, ekstrak tumbuhan lain bagi tujuan kawalan serangga perosak dalam kuantiti yang besar adalah: Ekstrak bawangKawal penyakit reput antraknos pokok cili serta hawar cili. Hancurkan 50 gm bawang dalam 1 liter air. Tapis dan semburkan pada pokok. Campuran minyak kayu putih (Tea Tree Mixture)Untuk mengawal penyakit lecuh. Campur 5 ml minyak kayu putih ke dalam 10-20 liter air. Gunakan dengan cara basahkan tanah di sekeliling pokok (Soil Drenching). Ekstrak haliaKawalan penyakit kulapuk. Kisar 20 gm halia dalam 1 liter air. Tapis dan sembur 3 kali seminggu. Ekstrak daun Neem (semambu)Untuk kawalan vektor seperti kutu daun, teritip dan lalat putih. Campurkan 2 kg daun Neem yang sudah di tumbuk lumat bersama dengan 30g sabun basuh. Tinggalkan semalaman dan tapis. Setiap 5 liter bahagian dicampurkan dengan 15 liter air dan semburkan ke pokok. Ekstrak bawang putihJuga untuk kawalan vektor seperti kutu daun dan teritip serta lalat putih. Campurkan 100 gm bawang putih dicincang dalam 0.5 liter air. Sumber : Berita Harian Online |



Racun serangga selamat: Pestisid botanik mesra alam dan murah menggunakan ramuan di dapur seperti bawang putih, halia, serbuk cili dan minyak masak.















Komen
dan berapa lama untuk gunakkan?
Suapan RSS komen untuk kiriman ini.