Taman Herba Di Tengah Bandar
Oleh: myHerba    Khamis, 11 Februari 2010 16:02    Cetak E-mel

Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Tuanku BainunDari sebuah kawasan bekas lombong terbiar, tanah seluas 22 hektar di Jalan Simpang Pulai-Gopeng kini menjadi Taman Herba Negeri Perak dan bakal menjadi Muzium Herba Negara.

Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Tuanku Bainun serta Raja Nazrin Shah melawat sekitar taman herba selepas majlis perasmian Taman Herba Negeri Perak di Kampung Kepayang, Simpang Pulai, Perak

P
ada mulanya kawasan tersebut dibangunkan sebagai pusat pemerhati tanaman sayur dan tanaman singkat masa sejak tahun 1987.

Bagaimanapun pada tahun 2002, atas kehendak Menteri Besar Perak pada masa itu, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali, kawasan itu ditukarkan fungsinya sebagai Taman Herba Negeri Perak.

Sejak itu, taman herba tersebut melalui proses transformasi dengan penambahan pelbagai spesies herba dari semasa ke semasa.

Sehingga kini, koleksi pokok herba yang ditanam di kawasan tersebut mencecah 525 spesies yang terdiri daripada spesies tempatan dan luar negara.

 
Spesies popular yang boleh didapati di Taman Herba Negeri Perak ialah misai kucing, kunyit bonglai, kacip fatimah dan tutup bumi rimba.

Selain itu spesies seperti emas cotek, jerangau, rempah padang, kunyit, serai wangi, bebuas lagundi, panah durjana, kucing galak, kayu manis, kulim pala, lengkuas, pala dan bunga cengkih juga ditanam di kawasan tersebut.

 

Semua tanaman tersebut ditanam di atas kawasan tanah bekas lombong bijih timah seluas lapan hektar.

Pengunjung taman ini juga boleh meninjau lokasi taman herba dengan menaiki trem persiaran yang bergerak menggunakan traktor untuk mengelilingi kawasan taman.

Di samping lawatan ke taman-taman herba pelbagai kategori, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti rekreasi seperti memancing ikan dan berkayak di tiga kolam bekas lombong berkeluasan 14 hektar di taman ini.

Keindahan kawasan ini dengan haruman herbanya sudah tentu mendamaikan jiwa sehingga mampu menyuntik ketenangan rohani dan jasmani.

Menurut Pengarah Pertanian Perak, Arifin Abdul Latif, dengan potensi yang ada, taman herba ini mampu berkembang menjadi muzium herba yang unik di negara ini.

Lebih menarik ialah taman herba ini ibarat hutan herba dalam bandar kerana kedudukannya berdekatan dengan Bandar Raya Ipoh dan bandar Kampar.

Sebagai hutan herba dalam bandar, orang ramai boleh mempelajari mengenai pokok herba tanpa perlu mengembara jauh ke hutan belantara

Arifin berkata, dengan adanya taman herba ini, diharap ia dapat menarik minat penduduk negeri ini untuk terlibat dalam tanaman herba yang kini mempunyai banyak permintaan ekoran perkembangan industri spa dan mengurut.

Taman Herba Negeri Perak dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dalam satu majlis penuh meriah, baru-baru ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun; Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim.

Artikel Oleh : Amizul Tunizar Ahmad Termizi
Sumber artikel : Utusan Malaysia Online

Sumbangan :
Wanm
 
 

Rahsia Herba

  • 0
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
prev
next

Remayong

News image

Remayong adalah sayuran tradisional dan digemari masyarakat ...

Ulam | Wanm | Hit: 10866

Lagi...

Pucuk Manis

News image

Pucuk manis adalah sayuran tradisional yang sangat digemari....

Ulam | Wanm | Hit: 11139

Lagi...

Petola Ular

News image

Sayuran buah ini semakin popular dan mula dijual di pasar. B...

Ulam | Wanm | Hit: 6897

Lagi...

Petola Bantal

News image

Petola bantal ialah sayuran tradisional yang semakin hari se...

Ulam | Wanm | Hit: 7086

Lagi...

Petai

News image

Buah petai sememangnya tidak asing kepada masyarakat Malaysi...

Ulam | Wanm | Hit: 7049

Lagi...

Mengkudu

News image

Pucuk muda mengkudu sering dimakan sebagai sayuran selepas d...

Ulam | Wanm | Hit: 8356

Lagi...

Maman

News image

Pucuk Maman sering dijadikan sayuran penyedap rasa dalam pin...

Ulam | Wanm | Hit: 10448

Lagi...

Keramak

News image

Keramak sayuran tradisional amat digemari masyarakat desa. H...

Ulam | Wanm | Hit: 7548

Lagi...

Jering

News image

Buah jering juga tidak asing bagi masyarakat Melayu. Bijinya...

Ulam | Wanm | Hit: 5331

Lagi...

Getang Kerabu

News image

Getang kerabu semakin dilupakan. Pucuk dan bunga herba ini d...

Ulam | Wanm | Hit: 6217

Lagi...
  • Gajus

    Pucuk gajus muda biasanya dimakan sebagai

  • Cemperai

    Cemperai adalah sayuran tradisional yang

  • Belinjau

    Pucuk dan buah belinjau muda adalah sayuran

  • Bayam Duri

    Bayam duri sayuran tradisional yang sama

  • Peria

    Walaupun rasanya amat pahit, PERIA tetap

  • Selasih

    Tanaman selasih mempunyai berbagai-bagai

  • Ulam Raja

    Ulam raja tidak asing lagi bagi masyarakat

  • Turi

    Turi atau geti adalah sayur tradisional yang

  • Terung Ranti

    Pucuk atau daun muda terung ranti sudah lama

  • Terung Bulu

    Terung bulu atau terung asam adalah sayuran

  • Siantan Tanaman Hiasa

    Selain menghias landskap, hampir semua bahagian

  • Kesum

    Tanaman kesum sangat popular di kalangan

  • Serai

    Serai banyak di tanam sebagai tanaman dapur.

  • Pandan Wangi

    Daun pandan wangi adalah ramuan utama digunakan

  • Kunyit

    Daun kunyit biasanya digunakan untuk memberi

  • Lengkuas

    Pokok lengkuas tidak asing bagi masyarakat

  • Halia

    Halia merupakan salah satu jenis rempah ratus

  • Salak

    Buah salak mempunyai rasa yang manis atau

  • Limau Purut

    Limau purut tergolong dalam buah-buahan sitrus

  • Betik

    Buah Betik sememangnya popular sebagai buahan

Lagi Dalam: Masakan, Ulam, Buah-buahan, Tanaman Hiasan
next
prev

Resepi Herba

  • 0
  • 1
prev
next

Tumis Peria

News image

BAHAN-BAHAN: 400 gm peria100 gm ikan bilis/udang 10 ulas ...

Masakan | Wanm | Hit: 3266

Resepi Penuh...

Terung Tumis Bilis Berkic

News image

BAHAN-BAHAN: 2 biji terung (belah dua dan potong pendek)7...

Masakan | Wanm | Hit: 4090

Resepi Penuh...

Terung Goreng Berlada

News image

BAHAN-BAHAN: 4 biji terung ungu panjang (belah tengah tap...

Masakan | Wanm | Hit: 8936

Resepi Penuh...

Tempe Leunca

News image

BAHAN-BAHAN: 150 gm tempe (lenyek kasar dan kukus 15 mini...

Masakan | Wanm | Hit: 2316

Resepi Penuh...
Lagi Dalam: Masakan
next
prev

Komen Terbaru