Ulam Kaya Antioksidan
Oleh: myHerba    Rabu, 10 Mac 2010 08:02    Cetak E-mel

sayur-sayuranSudah lama diketahui sayur-sayuran segar baik untuk dimakan terutama ulam. Ulam atau tumbuhan ubat merupakan makanan kegemaran sesetengah orang yang mesti ada, ketika makan.

Khasiat ulam kini sudah dibuktikan menerusi ujian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Bahagian Tumbuhan Ubatan di Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) di sini.

M
ereka telah menguji 20 tumbuhan ubat yang biasa dimakan dan mendapati bahawa separuh daripada sampel yang diuji itu kaya dengan antioksidan asli.

Seorang daripada penyelidik berkenaan Dr. Mohamed Ilham Adenan berkata pengambilan harian makanan yang mengandungi antioksidan boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik dan melambatkan proses tua.

Antioksidan adalah bahan yang boleh meneutralkan dan melawan bahan toksik dalam badan yang dinamakan radikal bebas.

Semakin ramai orang kini makan ulam dan kami mahu lebih ramai mengetahui kebaikan ulam secara saintifik

buah asam jawa Buah asam jawa mengandungi aktiviti membersihkan superoksik sebanyak 98.7 peratus pucuk gajus Pucuk gajus mengandungi aktiviti membersihkan superoksik sebanyak 97.6 peratus pucuk beluntas Beluntas mengandungi aktiviti membersihkan superoksik sebanyak 96 peratus pucuk ulam raja Ulam raja mengandungi aktiviti membersihkan superoksik melebihi 80 peratus

 
Ilham berkata buah asam jawa atau nama saintifiknya ''tamarindus indica'' mengandungi aktiviti membersihkan superoksik iaitu sebanyak 98.7 peratus diikuti pucuk gajus (anacardium occidentale) (97.6 peratus), beluntas (pluchea indica) (96 peratus) dan pakis merah (nepharodium inophyllum) (94.1 peratus).

Ulam lain yang mempunyai aktiviti pembersihan superoksik melebihi 80 peratus ialah ulam raja (cosmos caudatus), pegaga (centella asiatica), terung kecil (solanum ferox), terung pipit (solanum tarvum), petai (parkia speciosa) dan selom (oenanthe javanica).

 

Penyelidik kanan itu berkata radikal bebas adalah ejen pengoksidan kuat yang boleh menyebabkan kerosakan oksidan kepada protein, enzim, DNA, RNA, asid tidak tepu dan sel membran.

Ia dikaitkan dengan pelbagai penyakit yang berkaitan dengan umur seperti kanser, diabetis, penyakit jantung, sakit sendi, merosakkan fungsi otak dan mempercepatkan sistem menjadi tua seperti kulit berkedut, uban, lupa dan letih yang kronik, katanya.

Kata Ilham, bagi memerangi radikal bebas, sistem badan menghasilkan enzim antioksidan asli dan menyerap vitamin A, C dan E untuk membersihkan lebihan radikal bebas.

Bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, beliau berkata aktiviti enzim antioksidan berkurangan dan fungsi penyerapan usus berkurangan.

Ilham berkata antioksidan asli boleh memusnahkan radikal bebas dalam badan dan menseimbangkan OSS dalam badan.

Beliau berkata kumpulan penyelidik yang terdiri daripada Nirmala Subramaniam dan Abdull Rashih Ahmad, mengambil masa dua tahun mengkaji mengenai antioksidan dalam sayur-sayuran.

Ilham juga berkata FRIM kini menawarkan kemudahan ujian antioksidan kepada industri dan syarikat. - Bernama

Sumber : Utusan Malaysia Online - Kesihatan

Sumbangan :
Wanm
 
 

Rahsia Herba

  • 0
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
prev
next

Remayong

News image

Remayong adalah sayuran tradisional dan digemari masyarakat ...

Ulam | Wanm | Hit: 4945

Lagi...

Pucuk Manis

News image

Pucuk manis adalah sayuran tradisional yang sangat digemari....

Ulam | Wanm | Hit: 4960

Lagi...

Petola Ular

News image

Sayuran buah ini semakin popular dan mula dijual di pasar. B...

Ulam | Wanm | Hit: 3432

Lagi...

Petola Bantal

News image

Petola bantal ialah sayuran tradisional yang semakin hari se...

Ulam | Wanm | Hit: 3476

Lagi...

Petai

News image

Buah petai sememangnya tidak asing kepada masyarakat Malaysi...

Ulam | Wanm | Hit: 3317

Lagi...

Mengkudu

News image

Pucuk muda mengkudu sering dimakan sebagai sayuran selepas d...

Ulam | Wanm | Hit: 3756

Lagi...

Maman

News image

Pucuk Maman sering dijadikan sayuran penyedap rasa dalam pin...

Ulam | Wanm | Hit: 4015

Lagi...

Keramak

News image

Keramak sayuran tradisional amat digemari masyarakat desa. H...

Ulam | Wanm | Hit: 3299

Lagi...

Jering

News image

Buah jering juga tidak asing bagi masyarakat Melayu. Bijinya...

Ulam | Wanm | Hit: 2421

Lagi...

Getang Kerabu

News image

Getang kerabu semakin dilupakan. Pucuk dan bunga herba ini d...

Ulam | Wanm | Hit: 2664

Lagi...
  • Gajus

    Pucuk gajus muda biasanya dimakan sebagai

  • Cemperai

    Cemperai adalah sayuran tradisional yang

  • Belinjau

    Pucuk dan buah belinjau muda adalah sayuran

  • Bayam Duri

    Bayam duri sayuran tradisional yang sama

  • Peria

    Walaupun rasanya amat pahit, PERIA tetap

  • Selasih

    Tanaman selasih mempunyai berbagai-bagai

  • Ulam Raja

    Ulam raja tidak asing lagi bagi masyarakat

  • Turi

    Turi atau geti adalah sayur tradisional yang

  • Terung Ranti

    Pucuk atau daun muda terung ranti sudah lama

  • Terung Bulu

    Terung bulu atau terung asam adalah sayuran

  • Siantan Tanaman Hiasa

    Selain menghias landskap, hampir semua bahagian

  • Kesum

    Tanaman kesum sangat popular di kalangan

  • Serai

    Serai banyak di tanam sebagai tanaman dapur.

  • Pandan Wangi

    Daun pandan wangi adalah ramuan utama digunakan

  • Kunyit

    Daun kunyit biasanya digunakan untuk memberi

  • Lengkuas

    Pokok lengkuas tidak asing bagi masyarakat

  • Halia

    Halia merupakan salah satu jenis rempah ratus

  • Salak

    Buah salak mempunyai rasa yang manis atau

  • Limau Purut

    Limau purut tergolong dalam buah-buahan sitrus

  • Betik

    Buah Betik sememangnya popular sebagai buahan

Lagi Dalam: Masakan, Ulam, Buah-buahan, Tanaman Hiasan
next
prev

Resepi Herba

  • 0
  • 1
prev
next

Tumis Peria

News image

BAHAN-BAHAN: 400 gm peria100 gm ikan bilis/udang 10 ulas ...

Masakan | Wanm | Hit: 1397

Resepi Penuh...

Terung Tumis Bilis Berkic

News image

BAHAN-BAHAN: 2 biji terung (belah dua dan potong pendek)7...

Masakan | Wanm | Hit: 1751

Resepi Penuh...

Terung Goreng Berlada

News image

BAHAN-BAHAN: 4 biji terung ungu panjang (belah tengah tap...

Masakan | Wanm | Hit: 3743

Resepi Penuh...

Tempe Leunca

News image

BAHAN-BAHAN: 150 gm tempe (lenyek kasar dan kukus 15 mini...

Masakan | Wanm | Hit: 907

Resepi Penuh...
Lagi Dalam: Masakan
next
prev

Komen Terbaru